Mungkin Kita Kata Kita Sabar Dan Redha, Tetapi…

Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.

Justeru itu, saudara – saudaraku
Bersabar dan redhalah dengan sebenar-benarnya.
Ikhlas di dalam menghadapinya
InsyaAllah, mebuah ketenangan pada akhirnya.
s e j a u h m a n a k a h h u b u n g a n a n d a t e r j a l i n d e n g a n f a c e b o o k? s i l a j a w a b [10 ] s o a l a n C E P U E M A S d i b a w a h : -

satu : berapakah kekerapan anda membuka facebook?
              Kerap ade masa free..keraplah sy membuka FB..kesimpulannye bila ada masa la..
dua : berapakah tempoh masa minimum dan maksimum
yg pernah anda habiskan bersama facebook?
              kejap2 je dan ianya bergantung kpd mood dan cerita dlm FB..tp klu de cerita menarik lama
              la sikit berFB..
tiga : apakah aktiviti yg anda paling suka bila menatap
facebook?
                suke share perkara yg bermanafaat dgn rakan2 dan komen di wall rakan2 yg de cerita
                menarik..
empat : anda tidak bimbang akan privacy dgn
kekerapan mengupdate status terkini?
               saya tidak bimbang sbb hanya rakan2 sahaja yg boleh membaca status di FB saya..
lima : adakah anda accept orang yg tidak dikenali?
              sy akan accept jika  sy pasti org yg add sy tu btul kenali sy dan nk berkawan dgn sy..
enam : berapakah bilangan rakan anda skrg? adakah
anda mengenali mereka semua?
                   400 lebih..kenal tp kenal rapat dan x rapat aje la..
tujuh : sanggupkah anda delete akaun facebook anda?
                   belum masa utk delete lagi..
lapan : apa akan terjadi kalau anda tidak dpt buka
akaun facebook dlm tempoh 3 hari?
                 tiada masalah..x kesah pn..
sembilan : sanggupkah anda jika terpaksa berpisah
selamanya dgn facebook?
                           ade aku kesah..sanggup la sangattt (tgn ke dada mata ke atas)..hehehe
sepuluh : sejauh mana anda nilai kepentingan hubungan
facebook dgn kehidupan personal anda?
                          biase je..hanya untuk memenuhi masa lapang..