Mungkin Kita Kata Kita Sabar Dan Redha, Tetapi…

Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.

Justeru itu, saudara – saudaraku
Bersabar dan redhalah dengan sebenar-benarnya.
Ikhlas di dalam menghadapinya
InsyaAllah, mebuah ketenangan pada akhirnya.

0 comments:

Post a Comment